Viva-voce mahasiswa PhD – Suhaila Borhamdin

Alhamdullilah, kemaren (7 Januari 2018) saya menjadi pengerusi viva-voce mahasiswa Ph.D. – Suhaila Borhamdin, di Blok T05, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru. Viva-voce ini dihadiri oleh Prof. Dr. Mustaffa Shamsuddin (penyelia). Prof. Madya Dr. Lee Siew Ling (pemeriksa dalam), Prof. Dr. Mohammad Kassim (pemeriksa luar dari UKM) dan Dr. Khairil Juhanni Abd. Karim (pembantu pengerusi). Viva-voce berlangsung menggunakan aplikasi Skype dengan Prof. Dr. Mohammad Kassim yang berada di UKM, Kuala Lumpur. Malangnya, komunikasi melalui skype terputus. Akhirnya viva-voce berjalan dengan menggunakan WhatsApp menggunakan handphone saya, dan berlangsung selama 3 jam (14.30 – 17.30).  Tahniah Suhaila!

46591989782_dfe29a9142_h

Print Friendly, PDF & Email

Published by

Hadi Nur

This blog is mainly written for my own purposes. There has never been any claim that this is an original work.