Statistik penerima darjah kebesaran, bintang dan pinggat

Catatan ringan akhir minggu yang diambil dari berbagai sumber di internet, hanya untuk memenuhi rasa ingin tahu saya yang sudah 22 tahun tinggal di Malaysia …

Menarik untuk mengetahui darjah kebesaran Melayu di Malaysia. Darjah kebesaran Melayu adalah suatu sistem pemberian gelaran kehormat kepada seseorang yang dianggap berjasa kepada sesuatu negeri oleh pemerintah. Di Malaysia darjah kebesaran masih digunakan secara meluas.

Statistik penerima darjah kebesaran, bintang dan pinggat dapat dilihat disini (data diambil pada 5 Oktober 2017):

http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/semakanlantikanskp/

Persekutuan = 76808 orang
(Darjah Kebesaran Persekutuan merupakan anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing.)

Johor = 151 orang
Perlis = 289 orang
Sarawak = 548 orang
Wilayah Persekutuan = 557 orang
Terengganu = 647 orang
Kelantan = 848 orang
Negeri Sembilan = 1154 orang
Selangor = 1196 orang
Sabah = 1223 orang
Kedah = 1367 orang
Pulau Pinang = 1592 orang
Perak = 1519 orang
Melaka = 1910 orang
Pahang = 8250 orang

Kerajaan Johor adalah kerajaaan yang paling sedikit memberikan darjah kebesaran, bintang dan pinggat. Sejak penghargaan kerajaan ini pertama kali diberikan pada tahun 1886, hanya 712 orang yang menerimanya, rata-rata hanya lima penghargaan per tahun yang menjadikannya sebagai gelar Dato paling langka dan karenanya paling bergengsi di Malaysia dibandingkan dengan gelar Dato dari kerajaan lain di Malaysia.