Saudara dari Pekanbaru

Ternyata persaudaraan itu membahagiakan.

Tadi malam saya bertemu dengan saudara dari Pekanbaru dan baru pertama kali bertemu. Untung saya mempunyai perhatian dengan salasilah keluarga. Ternyata, Pak Edison (yang paling kanan dalam foto, duduk disebelah Inggo Laredabona — sepupu saya) mempunyai pertalian keluarga dengan saya melalui nenek saya (Rakiah), ibu dari ayah saya. Beliau adalah cucu dari datuk ayah (ayah Rakiah) saya yang bernama Suki (dari Payakumbuh, meninggal dunia dan dimakamkan di Mekah). Nenek beliau adalah salah seorang istri dari Suki.

Pak Edison tinggal di Pekanbaru, kebetulan beliau jalan-jalan bersama anak-anak, menantu dan cucu beliau ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Tadi malam, saya berjumpa dengan beliau di Hotel Amerin, Johor Bahru.

24038661417_b231c6a751_b