Pak Nasiruddin

Mungkin pensyarah-pensyarah muda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) banyak yang tidak mengenal Pak Nasiruddin, pensyarah Matematik di UTM yang berkhidmat di UTM sejak UTM masih berstatus Maktab Teknik pada awal tahun 1970-an, kemudian naik taraf menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada tahun 1972 dan menjadi UTM pada tahun 1975 sampai beliau pencen dari UTM pada tahun 1986.

Pak Nasiruddin adalah sahabat ayah saya, Nur Anas Djamil, sewaktu di sekolah rendah/menengah di Payakumbuh dan ketika menjadi pensyarah di Institut Keguruan dan Ilmu Pendididikan (IKIP) Padang pada awal tahun 1960-an setelah beliau menamatkan pendidikan MSc beliau di USA. Beliau pernah menjadi Dekan di IKIP Padang sebelum berhijrah ke Malaysia pada tahun 1969.

Sebelum menjadi pensyarah di Maktab Teknik, ITK dan kemudian UTM, beliau sempat menjadi guru di Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP) di Kota Bharu, Kelantan.

Alhamdullilah, saya telah mengantar ayah saya berjumpa dengan sahabat lamanya di Sungai Buloh, Kuala Lumpur pada tahun 2008. Tahun 2011, saya juga mendengar cerita Pak Nasiruddin mengenai sejarah penubuhan Jabatan Matematik di UTM. Mungkin akan lebih menarik jika cerita ini dapat ditulis karena beliau orang yang terawal berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Matematik UTM.

Oh ya, Pn. Novia Meirita Nasiruddin, pensyarah di Jabatan Sains dan Perkhidmatan, UTM SPACE, Kuala Lumpur, adalah anak beliau.

Saya mendo’akan Pak Nasiruddin dan keluarga sehat dan dilindungi oleh Allah SWT.

18449299_10213327508441372_3978273547127658138_o18422317_10213327508481373_3434067000818706187_o