Universiti penyelidikan di Malaysia

Sebagai penilai (reviewer) dari beberapa jurnal yang diterbitkan oleh Elsevier, saya mendapat fasiliti untuk melayari laman web Scopus (www.scopus.com), mesin pencari karya ilmiah yang masuk dalam daftar The Institute for Scientific Information (ISI).

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa hanya empat universiti saja yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan (research university), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak tersenarai dalam daftar tersebut. Apa keunggulan UM, USM, UKM dan UPM dibandingkan dengan UTM? Untuk menjawab pertanyaan itu, saya memasukkan nama universiti-universiti tersebut dalam mesin pencari Scopus. Jawapannya dapat anda lihat pada Tabel di bawah ini.

Nama UniversitiJumlah kertas kerja ilmiah yang dipublikasikan yang masuk daftar The Institute for Scientific Information (ISI)

Universiti Malaya (UM)

6,561

Universiti Sains Malaysia (USM)

4,086

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2,611

Universiti Putra Malaysia (UPM)

2,410

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

1,224

Multimedia University, Malaysia (MMU)

964

(Data di atas dicatat pada 3hb Mei 2007, jam 5.45 petang)

Print Friendly, PDF & Email

Published by

Hadi Nur

This blog is mainly written for my own purposes. There has never been any claim that this is an original work.