Firda Hariri

Ini adalah blog Firda Hariri ketika dia berumur 9+ tahun.

teeeeeeet.

March 18, 2012

bismillah.
assalamualaikum.
HAHA.mintak maaf atas segala post2 lepas yang lawak buat pecah perut.
masatu kecik lagi,fikiran tak matang dah rasional sangat.HAHA
blog ni jarang disentuh,jadi jangan pelik sangat kalau tak post bertahun2.

k.sekian,terima kasih.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA XD

.sekolah.

December 29, 2009

Assalamualaikum..
Dah lama ana tak buat post..
Sekarang ni ana selalu update blog lagi satu..
blog lagi satu tu url dia ni: http://langkahfh.blogspot.com
ana nak cerita kalau masa ni berlalu sungguh pantas..
sekarang ni tanggal 29 Disember 2009.
3 hari lagi dah tahun 2010..
huh.cepatnya.
nanti 4 Januari 2010.Sekolah dah mula..

!!YEAH!!
Bestnya.
tapi kesian dengan ibu dan bapa.
keluarkan duit banyak.
kalau ibu&bapa keluarkan duit banyak jadi belajar kena belajar bersungguh2.
TAPI!!,susah la nak belajar sungguh2..
sebab.. tak tahu lah kenapa…

Ok lah sampai sini jer..
Salam dan sayonara…

Raya Oh Raya…~

September 26, 2009

Assalamualaikum…

Dah lama x update blog ni… Masa hari raya, ana nak cadang update blog yang lagi satu.. Sebab blog tu banyak orang yang nengok.. Terutama kawan-kawan ana… Blog baru ana yang baru ialah…. http://fir-myself.blogspot.com … Raya sudah datang tapi beberapa hari yang lalu… Tapi hari ini pun masih raya.. Ana sekarang tak ada kerja… Sebab boring tak ada kawan… Tapi..abang ana ada kawan sekarang, sebab ada tamu. Nama dia Dr./Prof Ismail.. Entahlah Prof atau Dr. Tapi yang kawan abang ana bukan nya Dr. Ismail eh.. Jangan salah faham. Dr. Ismail tu kawan ayah ana.. Kawan abang ana tu anaknya.. Hehehe.. Nama kawan abang ana tu…siapa ek? Oh dah ingat, nama dia Ihsan. Tingkatan 3 Sekolah SMIH.. Sama lah tu sekolah dengan abang ana.. Ihsan tu pun punya adik, tapi darjah 3.. Ana kenal la juga… Dia namanya Masyitah. Masyitah tak datang.. Dia tak ikut parents dia & her brother dia pergi rumah ana. Jadi… SO BORING!!!!~..

Raya Oh raya… Raya mula-mula best tapi lama-lama boring.. Sebab kalau orang datang nanti kena kemas.. tolong ibu buat ini lah, buat kueh lah.. Tapi buat kueh raya best.. Tapi masatu ana tengah tak ada mood nak bantu mak masatu.. Tapi lama kelamaan rasa tak ada mood tu hilang… ~MAGIC~.. Magic la konon. Tapi ada best dan ada boring. Dua-dua sekali ada.. Nak tahu tak.. Hari Khamis lepas 24/09/09 ada Open House kat rumah ana… Tapi untuk ( Indonesia ) sahaja.. Maaf kalau tidak dijemput di lain hari.. Kalau saya tidak jemput, mungkin saya boleh pergi kerumah awak.. Hehehehehe.. Ok, kita sambung lagi cerita pasal Open House. Kitaorang bersiap-siap… Kemas rumah.. Dan macam-macam lagi lagi yang kitaorang sekeluarga buat.. Kalau bapa ana tugasnya cuma basuh lantai luar rumah… Lepastu langsung KOMPUTER.. Biasa la kan, BOS YANG KE-2… Nak tahu siapa BOS YANG KE-1? Nama dia ialah FAHIMA ZIKRA!! Budak tu memang betul-betul BOS… Huh.Penat tau nak layan dia.. Huh.. Kecik-kecik dah jadi bos, kalau dah besar nanti, taulah balasannya..

Ok, kita sambung lagi cerita pasal Open House. Acara nya mula selepas Zuhur.. Kemudian datang lah tetamu yang pertama iaitu Pak Reza… Kemudian ( our second guest is Pak Yunan ) Pak Yunan tu datang dari AMERICA!!! Dia ada dua anak namanya Almas & Alya… Semua hurufnya bermula dari huruf “A”.. Tapi Pak Yunan tak samalah.. Nama mak Almas ialah Anita ( Bu Anita )+(kalau sebut nama orang dewasa jangan panggil nama dia sahaja sebut juga panggilan dia.. ) Ok, kita sambung lagi cerita pasal Open House. Pastu ramai tetamu dah datang.. Tak ingat siapa tetamu seterusnya.. Sebab dah makin banyak.. Jadi mula la makan-makan nya.. Ana nengok kan ada juga Categories nya.. Para anak-anak lelaki dan perempuan nengok cerita GENG UPIN & IPIN pengembaraan bermula.. SYOK TAU… BEST!! Rugi kalau tak nengok… Kemudian ada bapa-bapa yang berbual.. Ana rasa kumpulan bebual tu diketuai oleh ayah ana.. Sebab kalau ayah ana berbual mesti dia yang paling BERSEMANGAT !!~… Hehehe. Pastu ibu-ibu juga ada yang berbual ada yang makan.. ( Bapa bapa juga ada yang makan ).. Pastu mastu tugas ana ialah memberi DUIT RAYA~

Nasib baik mak ana dah masukkan separuh duit dalam sampul.. Masatu ana dah terlambat nak bagi budak-budak tu duit, takut ada yang dah balik. Ana ambik semuanya dan bagi kat budak-budak tu… Tapi tak cukup.. Pastu kena naik atas balik. Dah la ada orang duduk atas tangga.. Susah nak naik..~ Kemudian ana masukkan duit dalam sampul… Pastu ana terdengar suara tapak kaki.. Rupanya ada seorang budak ni naik atas.. Rupanya dia minta duit raya.. Dia cakap macam ni: Mana duitnya.. Aku belum dapat.. Pastu ana bagi je lah.. Dia pun terus turun bawah… Pastu ana pun bagi-bagi lah duit raya tu…. Pastu bersurai… Pastu bla3..

Ok lah, setakat ni jelah..
Assalamualaikum…

#Makanan dia sedap-sedap.. Ada pizza.. Buatan aku sendiri ( bersama ibuku )

Si Binal Mogok!

August 31, 2009

Assalamualaikum …
Korang dah nengok tajuk nya…?
Ya.. Mesti korang tertanya-tanya…

Apa itu “SI BINAL MOGOK”..?

Si Binal Mogok sebenarnya terdiri dari Bahasa Indonesia..
Ibu bapa ana panggil kereta Proton Satria ayah ana ialah Si Binal..
Tak tahu kenapa dia panggil macam tu..?
Pastu mogok tu…. apa ya orang Malaysia cakap…? Rusak kot..

Ceritanya macam ni…
Ana, ayah ana dan abang ana pergi solat terawih kat UTM.. Tapi mak ana tak pergi sebab Fahima sakit.. Jadi kitaorang pergilah bertiga … Lalu balik pukul 10 macam tu lah.. Ayah ana nak pergi Petronas dekat Taman Pulai Perdana nak ambik duit kat mesin ambik duit..(Nak ambik duit mestilah kat mesin ambik duit) Kemudian ayah ana dah ambik duit, kitaorang pergi la menerus kan perjalanan untuk balik ke rumah.. Tiba-tiba… Kereta Binal terbehenti.. Tapi sempat lah nak bawa ke tepi jalan… Tak sampai 1 kilometer dari Petronas.. Ayah ana cuba buka enjin, tapi x boleh.. Berulang kali ayah ana cuba.. Tapi x boleh nak nengok gambar? JOM…

binal

Ayah ana sempat nak snap lagi… Ayah ana nak bercadang nak tinggalkan Si Binal.. Tapi nanti takut dicuri… SEDIHNYE..Akhirnya ayah ana telefon mak ana untuk datang kesitu.. Mak ana pun datang dengan kereta Persona nya… HAHAHA.. Ayah ana bawa kereta Persona tu kejap..(Pinjam) untuk cari kedai membaiki kereta (bengkel).. Mak ana & abang ana tunggu kat situ.. Takut Si Binal hilang.. Ayah ana keliling2.. Tapi x de yg buka. Memang la dah pukul 11..
Akhirnya ayah ana pun pergi kat Petronas..

Ayah ana tanya kat pekerja Petronas: Ada x orang yang pandai membaiki kereta?
Pekerja Petronas :Oh.. Saya ada kawan yg pandai membaiki kereta.

Pekerja Petronas telefon lah kawan dia.. Kawan dia datang la… Pastu dia nengok2 Si Binal.. Oh ada yang rusak.. Pastu dia tarik Si Binal ke rumahnya..(Tarik pakai tali) Rumahnya dekat dengan rumah Nur Laila Zafirah… Pastu dia cakap kat ayah ana besok boleh diambil keretanya..

Akhirnya keluarga kami balik ke rumah dengan kereta Proton Persona dengan hati yang tenang..

Setakat ni je la..
Assalamualaikum…

Boring….

July 10, 2009

Assalamualaikum….

Maafkan ana sebab dah berbulan-bulan tak update blog nie… Sebab ana ada blog yang terbaru yang ana baru buat….. iaitu: http://somelittlekhalifah.blogspot.com
Ana akan update-update lagi blog ini… Maafkan kepada pembaca blog kalau ana x update blog berbulan-bulan kerana KEBORINGan & KEMALASAN melanda diriku!!!~

LET’S SAVE PALESTIN….

January 25, 2009

Kesian palestin. Israel tu Jahat.. Jahat.. X de perasaan kasih sayang atau kesian pun. Dia main bom aje.. Kalau lah palesti masih banyak orang macam dulu kan best… Nyaman, selesa dan hidup gembira. ada seorang abang ni namanya Faris Sauda’ ( x tahu lah eja die cam ne.) Umurnya 14 tahun. Pagi-pagi dia keluar tanpa diketahui oleh ibu bapanya,Dia keluar untuk berperang dengan Israel dengan hanya mambaling batu sahaja.. Dia menghina Israel. dia membaling batu bukan saje-saje, tapi dengan menghina. Dia terus berusaha membaling batu kearah israel. Dia beada di barisan depan sekali. Ketika dia hendak mengambil batu, dia ditembak oleh seorang Israel yang kejam.. Orang Israel itu gembira dan Faris Sauda’ mati….. syahid. Innalillah..Lalu semua orang memberi sokongan kepada faris sauda’ dan ingin mengikut seperti Faris sauda’. Ibunya begitu sedih sekali… Tapi ibunya hanya mendapat baju Faris sauda’ jadi kenang-kenangan…

Kejam sangat Israel ni. INGAT, Jangan belanja di TESCO sebab tesco singkatan dari Tessa Connen. Dia ialah isteri kepada jutawan yahudi.. Sebenarnya itu dia punya.. RM yang kita bayar ialah 1 peluru untuk ditembak ke Palestin. (ini kawan ana cakap la)… Kita jangan beli makanan Israel. Tapi makanan Israel ni selalu kita makan sebab kan tu dah pilihan kita. Saya pun minum milo. Sebab sedap… Tapi ada juga diperbuay daripada Malaysia. Jadi hati-hati ye..

apelah ana ni, cakap nak selamatkan Palestin tapi tak selamatkan pun hehehe…

Pengawas….

January 24, 2009

Pengaws ni sekarang sebuk, kena buat ini la itu lah… Uh, penat……
First time pergi sekolah ana nengok ada banyak perubahan dengan sekolahnya, murid nya… Sekarang ni ada murid baru, biasalah Tahun satu kan. Dan sekarang ni kena jaga solat,jaga kat kantin dan macam-macam lagi lah. Hari Jumaat lepas ana tidur kat sekolah sebab ada KURSUS INDUKSI PENGAWAS. Ana x pernah tidur kat sekolah, belum pernah rasa. Maklumlah nie kan first time. Pertama tu pembukaan.. Ustazah Rohaida hanya nak membiratahu pengawas kena ingat sentiasa 3 perkara ni….

1:Qudwah Hasanah
2:Soleh Wa Musleh
3:Pengawas 24 jam

Ni lah yang kena ingat selalu. Pastu kitaorang mandi, habis mandi kita makan, habis makan kita solat, habis solat kita minum malam. Habistu baru kita tidur… Ooh ana tertinggal sesuatu, sebelum tidur kita BERUS GIGI…. Barulah tidur. Lalu pukul 5 kita bangun.. kitaorang pergi gosok gigi, ambik wudhuk, lalu solat Subuh. Dah pukul 8:00 lebih… kitaorang riadah (bersenam) BEST… kitaorang belajar cara golek.. Lepastu minum dan makan. Ustaz suruh tukar baju. tapi ana mandi. Ustaz suruh suruh berkumpul kat perimpunan, ana pergilah perimpunan. ustaz buat permainan. Nama permainannya ialah “SI BUTA DAN SI BISU’

Best giler main permainan tu. Cara main nye macam ni… Si buta kena banyak tapi si bisu satu orang je.Kena cari kumpulan. Dah dapat kumpulan kena berbincang macam mana tanda isyarat jalan, macam mana tanda isyarat ni dan banyak lagi… BEST.
Pastu dah habis progam Induksi Pengawas.
Ana tak tahu yang ibu ana ambik, so ana tumpang Makcik Ija (kawan mak ana). Pastu mak ana telefon kat Makcik Ija. ada Firda tak kat situ? Pastu makcik Ija cakap ada. Oh.. rupanya mak ana dah sampai sekolah, nak ambil ana. Lalu Makcik Ija cakap: Wah dasyat nye boleh bawa kereta jauh-jauh. Mak ana kan lagi latih kereta. Gembira saya Makcik Ija puji mak ana… Hehehe…

Itu je cerita saya….Assalamualaikum.. TAHNIAH IBU!!!!!
Lengunye tangan sebab taip………………………..HELP Me..!

Masalah pada akhir-akhir persekolahan….. Ada juga gembira…

November 21, 2008

Uhhh.., saya begitu penat kerana banyak aktiviti di sekolah dan ada juga masalah. Kenapa selalu ada masalah tentang Izzah,Nada,Izzah,Nada,Izzah,Nada dan juga saya. Saya nak ceritakan tentang Izzah dulu selanjutnya Nada. Izzah selalu main surat-surat dengan Fikri di kelas. Izzah tak tahu malu orang cakap. Dan saya juga bercakap begitu. Izzah pun suka bergaduh dengan Nada. Masatu dah nak habis sekolah, banyak orang bawak skipping macam Izzah,Anis,Asma’dan banyak lagi yang bawak skipping. Saya cakap lah dengan Anis: Anis boleh tak kita pinjam, pastu Anis cakap:tak boleh dah banyak orang dah yang nak main. Pastu saya nengok sikt je yang main,3 orang jek. Nilah masalah Izzah. Banyak orang mengumpat tentang Izzah, mengumpatnya kat saya ajek.

Ha ni pasal Nada pulak, banyak orang yang tak suka Nada mengumpatnya pun kat saya.Kenapa yek pelik betul.Masa ‘Pendidikan Jasmani Kesihatan’ (PJK). Ustazah Rafidah Mat Jusah ajak kelas kitaorang main skipping, pastu Ustazah cakap:Siapa nak main skipping? Sikit je orang nak main skipping sebab yang lain tu malas dan saje-saje tak pakai seluar. Pastu Izzah main la pastu dengan selanjutnya… Pastu Nada cakap dia boleh main sampai 100 atau 500 lalu orang cakap la kat saya: Nada tu mesti tipu,lalu saya pun cakap:a’ah mesti Nada tipu!! Dalam hati saya, memang pasti Nada x boleh rekod sampai 100 atau 500. Tak mungkin!! Imposible . LAlu giliran Nada pulak semua orang nengok dia pastu Nada bangga sebab semua orang nengok dia. Lalu dia main la.. pastu tersangkut. Jumlahnya 15 saja pastu orang cakap Nada awak tak mungkin punye rekod sampai 100. Pastu Nada cakap: kita pakai kain lah sebabtu lah tersangkut. Kemudian Izzah cakap:Alah Nada tu mesti tipu, alasan jek, dahlah nampak aurat.Izzah cakap dengan saya. Lalu saya cakap: Banyak btol!! Lalu sambung lah permainan skipping sampai habis masa.Saya kan baca diarynya lalu saya baca diarynya lawak betol lah. Saya ceritakan ye… Dia ada banyak kekasih berapa ye saya kira dulu. 3, yah 3, tak tau lah dah lupa. Yang pertama Fikri kedua Luqman Hadi yang ketiga ialah Alex. Dia cerita tenta Fikri yang dia tu handsome buat shuffle x jadi dan macam-macam lagi dia cakap kat diary dia. Pastu yang kedua dia cerita tentang Luqman Hadi tu dia cakap agak sedikit nakal tapi rambut nya macam Mawi bolehlah tahan Nada cakap. Dan yang ketiga ialah Alex diatu asal dari negara Filipina namanya pun pelik.Tadi petang saya main basikal dengan nada pastu nampak dia tengah berenang kat rumah nya. Menjerit-jerit lalu dengar bunyi airnya splash-splish-splush.

Dan yang terakhir ialah masalah gembira. Iaitu saya dapat banyak iala dan dapat jadi pengawas untuk 2009 nanti..
Yang gembiranya.. Dapat piala!!!

16112008459

image029

image021

Saya dapat 4 saja setakat ini. saya pergi ke Ihtifal iaitu pembahagian hadiah. kawan-kawan saya juga banyak yang dapat anugrah lihat lah:
kawan-kawanku…Kwan paling becok di kelas(banyak cakap ustazah cakap le….)
nilah cerita yang paling gembira semasa 2008. Best.. salah satu guru saya namanya ustaz Luqman nengok je sebab saya ulang-alik kesini-kesana. sebab dapat banyak hadiah

Setakat ini saja cerita saya
Wasalamualaikumwarahmatullahiwwabarokatuh…
SEE yoU SooN

Pilih lah kawan yang betul, membawa kita menuju keimanan dan boleh menegakkan islam di mata dunia!!!

June 23, 2008

Di kelas saya ada seorang murid yang pandai,baik & membuat perkara2 lain-lain yang berfaedah. Nama dia ialah Busyra Binti Jamal Nasir. Dia selalu dapat rangking pertama (1st). Semua orang memang tak boleh kalahkan nye. Siapa yang berusaha pasti boleh kalah kan dia. Saya selalu dapat rangking yang ke 2. Masa ujian 1 saya dapat rangking yang ke 12. Menurun….. Karena semua itu gara-gara INTERNET!!!!!!!!!! .

19 jun ialah Hari perjumpaan ibu bapa dengan guru mentoo. Saya dapat rangking ke 2. Daripada rangking ke 12 menaik jadi rangking ke 2 . Bezanya 10 rangking. Semua ini usaha daripada Busyra. Tapi saya masih sedih, kerana ibu saya marah-marah kerana matematik saya dapat 63% c. Ibu saya marah-marah, lalu memberitahu Gita-gutawa juara kelas disekolahnya. ibu saya bilang:

Ibu:Tadi ibu liat di TV ada Gita-gutawa juara kelas.
saya:oooooooooooohoooohhh!!!
Ibu:Dia pintar musik dan dia pintar pelajaran, Hebatkan!!!
Saya:Iya!

Saya begitu malu mendengar berita itu.Tapi saya janji akan gigih lagi. Insya Allah. Sokong saya!!!!! BISMILLAHIRRAHMANIRAHHIM!!!!!!!!

Percayalah, pilih kawan yang betul. Boleh membuat kita nyaman di masa depan.(Seperti ayah saya kawannya/muridnya ialah KHENG WEI)

Saya ada tak faham la!! Kenapa Ustazah Saimah dan Ustazah Mustafidah tau saya ada blog? Peliklah!!

*kalau uastaz atau ustazah saya kalau baca Blog saya, jangan cerita kat orang lain yee!! Tolong

SEkian wasalam…….

malas nak buat

Banyak masalah jika ada kawan atau ada ustaz baru……… (ish3)

March 28, 2008

Ini bermula masa saya tahun 3 (2008). Dari kelas saya dulu, ada dua orang aulad (lelaki) dia ni kan, ish, susah la nak ceritakan,
tengah geram. Oke la saya ceritakan . Ada dua orang aulad kelas ana, namanya Hazim and Luqman Hakim, dia ni kan kalau masa rehat mesti dia tunggu ana.Ana dah habis makan, ana terpaksa kejar dia.Sampai semua orang nengok, menyampah betul la. Yang KEDUA ialah pasal YM (Yahoo messenger). Mak ana nie dia tulis kat blog dia tentang CATTING AND CALLING lagi tuuuu……
Ana baca tu ketawaaaa… Lawak sangat, tapi bukan la sangat, kalau nak nengok blog mak ana boleh, siap ada gambar lagi tu, kat komputer sibuk pasal gambar je,gambar je,gambar je, keterlaluan ke? What ever la…. (kalau nak nengok blog mak ana cari kat google,terry terikoh blog) ana nie suka pakai bahasa rojak. Ok la kita sambung,macam nie, ana nie mesti kalau nak chat janji dulu, kawan ana namanya Izzah yang montel tu geram sangat la ana nie, ha kan, dia kalau nak chat mesti dia telefon dulu, tiba-tiba je telefon tiba -tiba je telefon. Penat la kalau telefon- telefon, kejap je “Firda hari nie chat tau” pastu “Firda hari nie chat tau” malas betul sangat,sangat ok dan sangat. Pastu mak ana cakap:

“Firda kalau kawan mau chatting, chatting aja la kalau mau telefon,telefon aja la, itu namanya bukan chatting….

Ana:Habistu macam mana?

Ibu:kalau mau telefon,telefon terus kalau mau chatting,chatting terus jangan CHATTING CALLING dong.

Ok ,sekarang masalah yang KETIGA.Di dalam bas ana dan di kelas kawan ana….. Yang dalam bas ana, pergaduhan dengan bahasa yang kasar. Relaks la (Abang jangan marah, nie kan cuma blog, bukan nya apa -apa pun. #notis, untuk abang ana saja)
Yang bergaduh nie namanya NUR AQILAH & NUR HAZIMAH. Hazimah cakap “setan” punya budak. Lalu Aqilah balas lagi “kau la yang setan,mentang-mentang awak yang lagi tua, lalu Hazimah jawab lagi ‘sukahatilah” lalu Aqilah cakap lagi “Dah la muka hitam” Lalu semakin esok,semakin esok dan dia sudah maaf-maafan. Dan ada 1 lagi,tentang kelas kawan kuuuuuuu……… Ada my bestfriend ana, namanya NUR IZZAH FARHANA, dia nie masuk grup dengan orang yang baik-baik, name dia AMIRA,FARAH HANISAH dan Nouha (entah la eja dia macam mane) Yang grup agak sombong sket tu namanya ROHANI, NURUL JANNAH dan gang-gang dia laa…
Yang ROHANI tu dia ajak Farhana untuk masuk grup dia, Farhana masuk la grup diaorang, lalu, AMIRA cakap: Masa Farhana masuk grup diaorang, mata dia tu agak-agak hitam sket, tak tau kenapa, dah lama,seminggu kemudian (kot) Farhana dah kembali ke grup baik…… Semua orang cakap allhamdulillah (untuk orang islam jer)…..

Nie ialah cerita yang terakhir sekali iaitu yang keempat, tentang ustaz baru ,namanya Ustaz Abdullah Azzam. Dia guru ganti kot, mungkin laaa….. Dia perkenal kan nama dia dulu la tentang peribadi dia, masa Ustaz Azzam tu masuk kelas mesti semua orang cakap:
EEEEEeeeeee handsome nye abang nie……
Abang Azzam malu kena cakap macam tu hehhehehehehe….. Abang Azzam tu abang NURIN MADIHAH……
Pastu abang tu cakap dia tinggal kat Balu kina. Pastu semua cakap Balu Kina tu kat mana? Jadi abang tu cerita macam nie:
Ada dua orang cina iaitu AH MING dan AH CHONG,dia nie bergaduh sebab nak naik ke puncak gunung.. lalu dia bergaduh. Ah Ming nie dia tolak ah chong mesti Ah Chong terjatuh,kalau Ah chong tolah Ah Ming mesti Ah ming tak jatuh. Bergaduh-bergaduh sampai atas puncak, Ah chong tolak ah ming sampai tergolek, lalu A Ming cakap Balu Kina!! Balu Kina!! maksudnya baru kena!! baru kena. Lalu, ah chong nie tulis Balu Kina tu Banyak -bnyak sampai penuh satu gung. Lalu ada orang asing cakap:nie gunung apa ni? Lalu orang asing tu nampak yang Ah chong tulis. lalu. ada masyarakat Malaysia nengok gunung tu.. lalu orang Malysia ni padam padm sikit tulisan tu. dah padam-padam jadilah Gunung Kina Balu.di situ lah ustaz tinggal.Tapi bukan Gunung la
mesti Kota Kina Balu…….

Itulah cerita saya, wslm ……
Nak tanya sikit untuk pembaca, ada yang keterlaluan tak?
Kalu boleh tolong bagi komen (Please give me commen please )

berus gigi & obat gigi kodomo…….. (BEST)

March 13, 2008

Kan macam nie, masatu ada dua orang cina namanya kak SHEILA dan kak LEHA, pastu dia ceramah ada satu orang budak namanya SITI, Dia baru bangun tidur, pastu dia cuci muka, gosok gigi, mandi ape-ape je la kan, dier pakai baju sekolah dah sarapan semua. Dia jalan-jalan kat sekolah die beli ais-krim dan coklat, tiba-tiba dia nampak kawan dia namanyaaaaaaa ALI, pastu si SITI ni, ajak ALI makan ais-krim dan coklatttt, tapi ALI tak mau, die cakap tak baik untuk kesihatan, apalagi gigi. Pastu SITI cakap: ala tak pe la, lagipun bukan pun setiap hari, lalu SITI balik rumah dia gi makan malam, mak dia sediakan ikan, dia pun makan: nyam,nyam,nyam,nyam,nyam (sampai bersuara ). Pastu mak dia bagi ayam, dia cakap: ini kesukaan sayaaaaaa, SITI cakap: nyam,nyam,nyam,nyam., sedappppp. Pastu mak dia bagi sayur tapi SITI tak suka, jadi dia terpaksa makan juga kerana sayur adalah makanan sihat. Sesudah habis makan, mak dia pesan tolong gosok gigi sebelum tidur nanti gigi kamu rosak, kerana tadi SITI makan ais-krim dan coklat.Dia blik ke bilik tapi dia terus tidur sampai besok, dia seperti biasa cuci muka, mandi, tapi dia tak berus gigi dia turun bawah untuk makan. Dia pergi ke sekolah, sampai disana semua orang tutup hidung kerana gigi SITI berbau busuk dan warna kuning, lalu ALI berkata (sambil tutup hidung nya): SITI busuk nya gigi awak, lalu SITI jawab: mane ada awak nie mesti gurau je. Lalu ALI berkata lagi: awak tak gosok gigi yer, pastu gigi awak dah rosak, lalu SITI jawab: awak tau darimana? ALI jawab lagi: memang la gigi awak kotor tak berus, eeeee selekeh, lalu SITI pulang kerumah, dia berkata: mak kenapa semua orang tak suka dekat SITI dan dia cakap mulut SITI bau? Lalu ibunya menjawab: oooooo mungkin SITI tak gosok gigi tadi malam, tu la mak pesan, gosok gigi la sebelum tidur, lalu SITI dibawa ke doktor gigi, lalu kak LEHA cakap nak nengok tak gigi SITI? Semua orang cakap NAAAAAAAAAAAAK! Lalu kak LEHA cakap, jum cakap 1,2,3 supaya SITI buka gigi nya, lalu semua orang cakap 1,2,3 tra,tra,tra> Pastu saya nengok kotor mana memang 100% saya nengok kotor ada kuman lagi, lalu dok tor cakap 1 minggu lagi jumpa doktor, dan SIITI selalu berus gigi , dia dah makin rajin gosok gigi, dah 1 minggu, SITI datang lalu semua orang lagi cakap 1,2,3 tra,tra,tra. Pastu saya cakap : wah putih nya, lalu semua orang gembira kerana sudah habis cerita SITI.

Itulah cerita saya!!!!!!!

#notis: semua dapat hadiah akhirnya, saya dapat warna pink berus gigi nya dan obat gigi nya perisa oren……………

“Jalan-jalan di Kuala lumpur”

February 12, 2008

Ada saudara saya ajak saya dan keluarga untuk pergi jalan-jalan di Kuala Lumpur. Dia ajak keluarga saya pergi ke Sunway Lagoon, tapi kereta nya tak cukup jadi sewa kereta di HERZT di dekat Kota Raya dan hotel Putri Pan Pacific. Di situ la kami sewa kereta. boleh mengguna kan American Express, sudah sampai tibanya, saudara saya datang dan main di Sunway Lagoon saya asyik main di pantai saja, dah lama-lama dah kat pantai.Saya pergi ke tempat lain pula. Saya pergi ke tempat berenang lagi satu ada pasu besar di atas dan ada paip, dia letak air dalam pasu yang besar lalu dia tuangkan airnya dekat orang-orang yang sedang tunggu airnya turun, airnya tak la dalam sangattttttt. Lepastu saya pergi lagi ke tempat berenang budak-budak ada gelongsor, best tapi licin sangat gelongsornya fu lamak memang best la. Lepastu tutuplah Sunway Lagoonnya. Lalu anak saudara saya namanya abang Rizki dia suka sangat makan ayam tak habis-habis ayam paha,ayam paha ,ayam paha asyik ayam paha je tak bergizi. Pastu makan kat kentucky fried chicken (KFC). Habis dah makan, lalu naik kereta, jauh perjalanan (sampai saya tertidur), sampai ke tempat makanan Padang (Minang Kabau) saya makan sate sedap tapi saya tak habiskan sebab masih liat, sakit gigi saya,saya tarik-tarik satenya . Lalu tidur di hotel VISTANA. Pastu main dekat Time Square best ada rolly coaster,ada main kereta
langgar-langgar dan banyak lagi memang best tapi membazirkan duit, tapi bukan guna duit ibu saya tapi guna duit saudara saya, mak saya macam tak sedap dengan dia. Oh! anak dia sekolah dekat UTM, masatu mak dia dengan ayah dia risau sangat dengan anak dia, nama anak dia Keyka Primandizi Clara Citra. Itu saja cerita saya salam untuk semuaaaaaaaaaaaaanya…..

“apa ya artis kesayangan saya” (entah)

February 11, 2008

artis kesayangan saya dan grup band kesayangan saya ialah:

GITA GUTAWA
SHERINA
LETTO
MATTA BAND
THE CHANGCUTERS
ROSSA
ZAC EFRON & VANESSA HUDGENS
MICHEAL JACKSON
ARI LASSO

(sebenarnya banyak lagi)

kalau kamu apa artis kesayangan kamu?

wassalam……

“Ustaz Luqman”(guru kelas lama kuu)

February 11, 2008

Ustaz ini adalah guru kelas saya waktu tahun 1 dia suka buat lawak. Ada seorang di kelas saya dia cakap dia tak suka dengan ustaz luqman,namanya Shahrain Johan. Dia tak suka Ustaz Luqman, tapi ana nengok kalau ustaz Luqman masuk kelas mesti dia ketawa sebenarnya dia suka ustaz luqman kot (hehehehehe) masa saya tahun 2 kelas saya 2 Ibnu Majah dia guru kelas tahun 1 Ibnu Majah, kalu darjah 3 ,ustaz guru kelas daripada 3 An-nawawi. ketua kelasnya Munir dan penolong nya Putri .(ustaz ejek dia “PUTRI GUNUNG LEDANG” .Di kelas 3 An-nawawi ada kawan baik saya iaitu Nur Izzah Farhana. Masa saya darjah 3 ustaz luqman ajar saya SIRAH, masa dia masuk kelas ana,saya nengok misai nya lebat gila pastu cermin mata baru,ana cakap la dekat ustaz :Ustaz dah ada anak ke belum, ustaz cakap ada namanya ahmad fahmi (apalah saya pun dah lupa) Pastu ustaz cakap Ahmad fahmi bin handsome. Iye je nama ayah dia handsome. Apalah ustaz luqman ni macam diri dia je yang paling handsome kat dunia. Ayah ana pun hansome abang ana pun hansome Lee Chong Wei pun handsome dan Zac Efron pun handsome semua handsome la kecuali yang tak pandai jaga diri. Oh ye, ustaz luqman pun dia ketuk pintu kelas ana habis pintu kelas ana pecah, tangan ustaz tu kuat la. Itulah cerita untuk misai lebatttttttttt.

#ana suka mengejek maafkan ana
#notis: kalau ustaz luqman baca minta maaf……..

sekian terima kasih . Wassalam…..

Guru kelas tahun 3 Ibnu Majah……

February 11, 2008

Nama guru kelas saya ialah Ustazah Suhana bt. Abdul Hamid, Ketua kelas ialah Ahmad Irsyad bin Razali dan penolong ketua kelas ialah Busyra binti Jamal Nasir. AJK kebersihan aulad (lelaki ) ialah Fauzi dan AJK kebersihan banat( perempuan) ialah Firda Hariri( saya) . Ustazah Suhana tu baik sangat. Kalau kelas nampak bersih,nyaman sedap ustazah buat pembelajaran dalam bentuk game. Best tau.

??”Ustaz Adib??” (whatever)

February 11, 2008

Tau tak ustaz Adib tu sapa?? mungkin apa yaaaaaa? Sebenarnya Ustaz Adib tu adalah guru disekolah saya, tapi dia tak ajar kelas saya. Ustaz Adib tu kan ada jerawatttttttt. Tak de la main-main je laaaaaa. Ana selalu jumpa dia dekat UTM kat U8. Sebab dekat U8 ada pengajian mak-mak indonesia mengaji sama-sama. Masa ana nak balik ana selalu jumpa ustaz baru habis solat dekat surauuuuuu. Masa ana nak keluar dari lif tu mesti ana cakap pelan-pelan supaya ustaz Adib tak dengar. Saya cakap: ustaz Adib ke ni biar betul, ia ke biasa nye dekat sekolah ustaz Adib pakai songkok tapi pegi surau asal tak pakai songkok. Ana yakin tu mesti ustaz Adib ana nengok dia ada jerawat pastu pakai cermin mata warna hitam, pastu ana cakap lupakanlah.
(hehehehe) Tadi ustaz Shahrizan tengah berbual-bual dengan ustaz Adib. Pastu ustaz shahrizan cakap dekat ana macam ni : Eh! Firda masuk pertandingan cerita ke? lalu ana cakap ye la ustaz. pastu ana cakap je la dekat ustaz Adib: ustaz tinggal dekat UTM kan. pastu ustaz cakap ye. ana cakap lagi: kat U8 kan ustaz pastu ustaz shahrizan dan ustaz Adib cakap asal tau. Pastu ana cakap ana biasanya kalau nak keluar dari lif mesti ana nengok ustaz adib tak pakai songkok tapi kalau pegi sekolah ustaz pakai songkok pula. Sebenarnya ustaz Adib pandai lukis semua minat dekat ustaz, semua nak suruh ustaz lukiskan. Ustaz Adib pun ada blog dia pandai bahasa inggeris tau. Itulah cerita si jerawat. tak de la main-main jela. wassalm
#notis:kalau ustaz Adib nengok minta maaf sebab mengejek……….

Saya dapat nombor 1

February 11, 2008

Begini ceritanya, hari ni ada HARI BAHASA MELAYU… tahun 6 ada pertandingan bahasa isyarat,tahun 5 ada pantun,kalau tahun 4 saya sudah lupa kalau ini tahap 2. Kalau tahap 1 pula ialah tahun 1,2, dan 3. Saya masuk pertandingan bercerita kalau hendak masuk harus di undi dulu dia ada nombor 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Saya dapat nombor 6, pertama Aisyah Shaharuddin, kedua Wan Nurul Nadia dan ketiga Nurul Jannah keempat Syakir yang kelima aulad (x tau namanya) dan keenam saya. Saya cerita tajuk ARNAB YANG PINTAR cerita begini, Saya berkata: Assalmualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh untuk guru-guru sekalian inilah cerita saya, saya hendak menceritakan sebuah kisah yang menarik iaitu ARNAB YANG PINTAR, Pada suatu pagi, terdapat tiga ekor binatang iaitu arnab,RUSA AIR dan rusa liar. Binatang-binatang itu sedang memakan rumput air di tepi sungai. Ketika memakan rumput air dengan gembira,
tiba-tiba ada seekor serigala yang garang. Serigala itu menghendik dengan kuat,“JANGAN BERGERAK,SESIAPA YANG BERGERAK AKAN SAYA MAKAN TERLEBIH DAHULU SAMPAI MATI” Oleh itu,kesemua binatang itu tidak berani melarikan diri. Arnab memberi isyarat mata kepada semua binatang yang ada disitu, lalu melompat-lompat di depan serigala, arnab berkata pak cik serigala pakcik datang tepat pada masanya, kami sungguh gembira melihat pak cik. “KAMU AKAN DIMAKAN OLEH AKU SEBENTAR LAGI, KENAPA KAMU MASIH GEMBIRA?” Arnab berpura-pura bercakap benar-benar ikhlas,pak cik saya sudah berfikir masak-masak sejak awal lagi, saya rela dimakan oleh pak cik. “KENAPA KAMU RELA DIMAKAN OLEH AKU??” Pak cik cepat la makan kami kerana si harimau hendak memakan kami cepat la pak cik makan kami, arnab sambil menjeling kesebelah. “APA SI HARIMAU HENDAK MAKAN KAMU. Serigala itu terkejut sampai berpeluh-peluh”.
Serigala amat takut dan dia meninggalkan semua binatang-binatang itu. Semua
binatang-binatang itu amat bangga kepada si arnab. kita harus mencontohi nya. MORAL:kepintaran dan keberanian merupakan nadi keselamatan diri dalam bahaya .glosari:kawan kawan tahukah apakah itu binatang rusa air, rusa air sama seperti rusa biasa tetapi nama saintifik nya ialah hyderpots enermis tetapi badan nya lebih kecil daripada rusa lain dan dia tiada tanduk. itulah cerita saya wassalamualaikumwarahmattullahhiwabarokatuh sekian terima kasih……………. kita sambung lagi yang ketujuh dan lapan adalah aulad namanya ahnaf (yang kelapan x tau) dan terakhir sekali adalah nouha itu saja cerita saya assalamualikum…………….

Tentang diri saya dan keluarga saya….

February 10, 2008

Nama saya Firda Hariri binti Hadi Nur.Saya tinggal di Taman Sri pulai (kalau alamat, fikirlah sendiri). Hobi saya ialah main piano dan surfing INTERNET!! Kalau cita-cita saya ialah SAINTIS dan WONDER WOMAN. Nama ayah saya ialah Hadi Nur. (punya blog juga. tapi serius cerita nya) HAHAHA…... Dia kerja di INSTITUT IBNU SINA. Kalau balik dari kerja je, mesti cakap ini itu macam-macam la… Kalau nama ibu saya ialah Terry Terikoh.(dia pun punya blog [best]). dia kerja sebagai suri rumah atau ibu rumah tangga. Saya punya abang, tingkatan 1dan banyak jerawat dimukanya yaitu Farid Rahman Hadi. Dia ni rajin sangat kalau kat kelas(sebab dia tu Ketua kelas gitu lho….) Ada lagi satu yaitu Fahima Zikra. Suka makan gula-gula hacks.Montel dan tembam. Itu saja.

Terima kasih.Wasalam.