Farid Rahman Hadi

Ini adalah blog Farid Rahman Hadi ketika dia berumur 13+ tahun.

Remake

June 09, 2010

Assalamualaikum semua...

Hehe, dah lama tak add post kat blog baru ni. Ni first post ana kat blog ni. Masih tak tau lagi hala tuju blog ni ke mana. Tapi doa-doa lah Allah berikan apa yg terbaik bagi diri ana....

Ok, first thing first, kita bincang pasal masalah ummat Islam sekarang. Kalau kat Malaysia, rasaaya ok. Tapi masalah utamanya ialah masyarakatnya. Cuma segelintir jek masyarakat yg beramal dgn Islam yg sebenar. Yg lain, sibuk dgn urusan dunia lupa urusan akhirat. Semuanya disebabkan kejahilan mereka. Manakala kejahilan ini dtg sbb tak belajar. Tak belajar dtgnya sbb takde kesedaran. Kesedaran inilah yg perlu dipupuk dlm masyarakat Islam zaman ini.

Umat Islam makin lama makin terjebak dalam urusan dunia. Ada yg dgn hiburannya, kerjanya, dan lain2. Hal ini menyerupai amalan org bukan Islam. Umat Islam sudah tidak memegang Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Mereka meletakkan nafsu, lagu2 lagha, dan orang zalim sebagai panduan hidup mereka. Rasulullah sudah tidak menjadi Qudwah Hasanah (contoh yg baik), malah org2 yg tidak bermoral dan jauh menyimpang dalam soal aqidah yg dijadikan teladan dan disanjungi.

Tanggungjawab menyedarkan umat Islam ini terletak pada orang2 Islam yg sudah sedar. Maksudnye berdakwah. Dakwah ni tak semestinya pergi dekat khalayak ramai dan bagi khutbah contohnye kat shopping mall, tepi jalan, dan rumah orang lain. Ntah-ntah ade yg tak berkenan lepas tu bagi hadiah pelempang dan penumbuk. Lagi sedap kalau kene belasah ramai2.

Jadi permulaannya mestilah dari dalam diri dahulu. Laksanakan segala perintah Allah dan jauhilah larangannya. Kemudian dalam keluarga, suruh adik-beradik, mak ayah, sepupu sepapat, pakcik2, makcik2, kalau datuk nenek, moyang, uyut dan seterusnya ader lagi, ajak mereka kpd kebaikan. Kemudian barulah kita berdakwah dlm kalangan masyarakat. Jgn terus bantai je. Mula2 start dgn berkenalan. Ambik tahu semua thtg dia. Kene ambik masa. Dan seterusnya, boleh la terangkan kat dia pasal dakwah ni.

Ok, yg terakhir sekali marilah kita renungkan hadis ini : 

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah bersabda;

"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".

My Blog

Julai 26, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Ini baru pengalaman pertama saya untuk menulis blog, jadi mungkin tulisan dan design tak seberapa bagus. Tapi itu tak penting. Yang penting adalah kehappian (ke-happy-an) kita dan semangat kita untuk berjuang untuk membuat blog. Lihatlah sosial dunia sekarang, apa yang korang semua lihat ? APA YANG KORANG SEMUA LIHAT ???!!!

……….(Terlebih pulak) Err…balik ke tajuk asal, tapi sebelum tu lupa nak perkenalkan diri pulak. Nama saya Farid. Lahir pada tahun 1995. Buat sementara ni tinggal kat Malaysia. Lahir kat Indonesia. Pernah tinggal kat Jepun. Boleh bercakap Jepun. Sekarang tak boleh lagi Akibat dijangkiti virus Temporalamemorylalosta yang terlampau.

Setakat itu je sekian.

Yang tak bersalah,

Farid Yang Handsome

Farid